fbpx

F1 perkenal sesi kelayakan pecut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
F1 memperkenalkan sesi kelayakan pecut yang diadakan dalam tiga perlumbaan musim ini untuk menambah kerancakan saingan tersebut. – AFP

PARIS – Formula Satu (F1) mengesahkan bahawa mereka akan memperkenalkan format baharu iaitu sesi kelayakan pecut pada tiga perlumbaan musim ini selepas mendapat persetujuan daripada pasukan bertanding.

Sistem kelayakan pecut itu akan berlangsung dalam jarak 100 kilomter untuk menentukan grid perlumbaan setiap pelumba dan tiga pelumba yang berada di kedudukan teratas dalam sai­ngan itu akan memperoleh mata tambahan.

Tempat pertama akan memperoleh tiga mata, manakala tempat kedua dan ketiga ma­sing-masing akan mengutip satu mata.

F1 dalam satu kenyataan menjelaskan format baharu itu di perkenalkan untuk menjadikan perlumbaan lebih menarik dan sesi itu akan berlangsung di dua perlumbaan benua Eropah dan satu lagi di luar Eropah.

Difahamkan, sistem itu akan digunakan pada dua perlumbaan yang berlangsung di Grand Prix (GP) British di Silverstone serta GP Itali di Monza kelak, manakala satu lagi belum diputuskan.

“Saya gembira bahawa semua pasukan menyokong usaha yang kita lakukan. Ini merupakan bukti usaha kita untuk terus memastikan kehangatan perlumbaan F1 pada masa akan datang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) F1, Stefano Domenicali.

Pengenalan format baharu itu akan berlakunya beberapa perubahan antaranya grid untuk kelayakan pecut akan ditentukan pada hari Jumaat dengan menggunakan format kelayakan sedia ada dan sesi kelayakan pecut itu akan berlangsung pada Sabtu.

“Format baharu ini juga memberikan keseimbangan dan memberi penghargaan kepada pemandu serta pasukan untuk bersaing pada hari Sabtu.

“Kelayakan pecut ini memberi peluang kepada pelumba dan pasukan lain untuk bertarung merebut mata dan melakukan persiapan menjelang perlumbaan sebenar pada hari Ahad,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI