fbpx

Bufet imarah Ramadan sedia tarawih imam tahfiz dapat sambutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUSTAQIM Zain (dua dari kanan) dan Ketua Tukang Masak, Mohd. Nurrol Faizal Deraman (kanan) bersama dua imam tahfiz menunjukkan sup gear box yang menjadi tumpuan orang ramai di Hotel Grand Darulmakmur Kuantan

KUANTAN – Selain menawarkan harga berpatutan, konsep mengimarahkan Ramadan termasuklah penyediaan imam tarawih daripada pelajar tahfiz menyebabkan Bufet Ramadan Hotel Grand Darulmakmur Kuantan di sini mendapat sambutan luar biasa.

Dengan bayaran hanya RM68 seorang bagi dewasa dan RM35 bagi kanak-kanak pelanggan bufet hotel milik Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) itu bukan sahaja dapat menikmati lebih 100 juadah istimewa tetapi kemudahan solat tarawih yang diimamkan oleh pelajar tahfiz.

Ketua Pegawai Eksekutif Muip Holdings Sdn. Bhd, Mustaqim Zain berkata, sambutan diterima untuk bufet Ramadan kali ini amat luar biasa sehingga memerlukan pelanggan membuat tempahan lebih awal.

“Sehingga kini tempahan untuk bulan April telah penuh manakala bagi bulan Mei pula penuh sehingga 5 Mei dan kita terus menerima permintaan daripada pelanggan.

“Sambutan mungkin kerana pada tahun lepas orang ramai tidak dapat berbuka puasa di hotel dan atas faktor kita mengimarahkan iftar kali ini dengan suasana Ramadan serta menjemput empat pelajar tahfiz bagi solat tarawih,”katanya di sini hari ini.

Tambahnya harga yang amat berpatutan dengan lebih 100 juadah yang menyelerakan menyebabkan pelanggan yang berkunjung berasa berbaloi untuk berbuka puasa di situ yang menyediakan makanan yang dijamin halal.

“Antara juadah disediakan termasuklah kambing golek beratur, ekor asam pedas, sup gear box, pelbagai jenis kerabu dan lain-lain lagi yang menyelerakan,”katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai perkhidmatan hotel yang terjejas akibat pandemik Covid-19 beliau berkata, berdasarkan sambutan yang diterima kini beliau yakin industri hotel akan kembali bangkit.

Ujarnya pada masa ini hotel berkenaan yang terletak di tengah-tengah bandar Kuantan menerima sambutan yang baik dengan kadar penginapan lebih 60 peratus. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI