fbpx

Video kru KRI Nanggala-402 menyanyi lagu ‘Sampai Jumpa’ buat netizen sebak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Video kru menyanyikan lagu ini dimuat naik penyanyi asal, Erix Soekamti menerusi Instagramnya.- Instagram

JAKARTA-Sebuah video berdurasi 22 saat yang memaparkan kru kapal selam KRI Nanggala-402 bermain gitar sambil menyanyikan lagu berjudul ‘Sampai Jumpa’ tular di media sosial, lapor Channel News Asia kelmarin.

Video tersebut dikongsi pemilik lagu asal, Erix Soekamti di laman instagramnya pagi kelmarin.

Antara bait-bait lirik lagu itu yang menyentuh hati termasuk ‘Awal kan berakhir, terbit kan tenggelam, pasang akan surut bertemu akan berpisah.

‘Hey sampai jumpa di lain hari, untuk kita bertemu lagi, kurelakan dirimu pergi, meskipun ku tak siap untuk merindu’.

Video tersebut dirakam sebagai tanda perpisahan kepada komander kapal selam yang tugasnya kemudian diambil alih penggantinya awal Mac lalu, kata jurucakap tentera Indonesia, Djawara Whimbo kepada AFP.

 

Panglima Angkatan Tentera Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto dalam sidang media mengesahkan kesemua 53 anak kapal KRI Nanggala-402 telah meninggal dunia selepas tenggelam pada kedalaman 838 meter di perairan Bali ketika menjalani latihan ketenteraan.

Pengumuman menyayat hati itu dibuat selepas beberapa bahagian kapal selam termasuk bahagian belakang dan luar badan kapal selam, sauh serta jaket keselamatan anak kapal ditemukan berdasarkan visual bawah air kapal tentera Singapura MV Swift.

Video itu sudah ditonton lebih 1.3 juta kali dengan hampir 2,000 komen.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen mendoakan supaya kesemua mangsa yang terkorban ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan semoga keluarga kesemua mangsa tabah dengan ujian itu. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI