fbpx

Sebuah lagi sekolah ditutup di NS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Sebuah lagi sekolah di negeri ini diarahkan tutup selama dua hari susulan pengesanan jangkitan Covid-19 dalam kalangan guru dan murid.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Datuk Dr. Mohamad Rafie Ab. Malek berkata, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Desa Cempaka, Nilai ditutup bermula hari ini sehingga esok.

Menurutnya, ia merupakan tambahan sebuah sekolah lagi yang ditutup atas nasihat pejabat kesihatan daerah (PKD) selepas tujuh buah sekolah termasuk SMK Chan Hwa dekat sini juga ditutup untuk tempoh yang sama.

“Sekolah ini ditutup pada 27 April hingga 28 April bagi membolehkan PKD membuat penilaian risiko, pengesanan kontak rapat dan sekolah menjalankan proses disinfeksi.

“Penutupan sekolah boleh dilanjutkan melebihi tempoh dua hari berdasarkan saranan, nasihat dan penilaian risiko oleh PKD yang berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Untuk rekod, secara keseluruhannya bermula Jumaat lalu, 12 buah sekolah membabitkan daerah Seremban, Kuala Pilah, Jempol, Port Dickson dan Tampin diarahkan tutup selama dua hari bagi kerja-kerja pembersihan.

Bagaimanapun, sebuah sekolah lagi iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seremban 2 dekat sini ditutup selama tujuh hari sehingga 29 April depan apabila terdapat pengesanan 17 kes positif di sekolah tersebut.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI