fbpx

Top Glove selesai isu buruh paksa ILO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pekerja memeriksa sarung tangan pakai buang di kilang Top Glove di Shah Alam pada 26 Ogos 2020. - AFP

PETALING JAYA – Top Glove Corporation Bhd. mengumumkan pihaknya telah menyelesaikan semua 11 petunjuk buruh paksa yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) berkuat kuasa 22 April 2021.

Pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia itu berkata, penyelesaian 11 petunjuk buruh paksa ILO telah disahkan oleh firma perunding antarabangsa bebas yang berpangkalan di United Kingdom (UK), Impactt Ltd.

“Top Glove telah berjaya menyelesaikan semua 11 petunjuk buruh paksa ILO pada 22 April.

“Sejak Julai 2020, syarikat telah mengadakan perbincangan dengan Impactt mengenai nasihat berkaitan langkah-langkah untuk menambah baik dasar dan amalan buruh syarikat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Syarikat itu berkata, pihaknya komited untuk menjadi syarikat yang terbaik dalam memastikan kebajikan, kesihatan, keselamatan, keadaan tempat kerja dan tempat tinggal 21,000 tenaga kerja berkualiti tinggi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI