fbpx

Gaduh kerana batang mop, penyapu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Thung Gek Hiok (tiga kiri) dan pasangan kontraktor suami isteri bersalaman dalam sidang akhbar yang diadakan di Biro Pengaduan Dan Perkhidmatan Awam MCA Pasir Gudang, Johor hari ini.

JOHOR BAHRU – Seorang pelanggan dan kontraktor tidak ubah seperti ‘anjing dan kucing’ apabila saling tuduh menuduh mencederakan satu sama lain dalam satu pergaduhan di sini pada 16 April lalu.

Kejadian itu dipercayai berlaku disebabkan perselisihan faham berhubung kerja ubah suai kediaman milik pelanggan tersebut, Thung Gek Hiok, 70, di Jalan Nakhoda, Taman Ungku Tun Aminah.

Dakwa Gek Hiok, dia telah dikasari sepasang suami isteri yang merupakan kontraktor itu di beberapa bahagian badannya, termasuk ditumbuk.

Katanya, pihak kontraktor itu dilantik suaminya untuk kerja ubah suai pada Februari lalu dengan bayaran keseluruhan berjumlah RM20,000.

“Namun setelah dua minggu, saya mendapati masih banyak kerja yang tidak dijalankan mereka, malah mereka turut menggunakan barangan saya seperti penyapu dan mop tanpa izin.

“Ini menimbulkan ketidakpuasan hati saya.Tidak lama selepas itu pihak kontraktor memberitahu mereka mahu menghentikan kerja ubah suai walaupun telah dibayar sebanyak RM10,000,” katanya.

Dia berkata demikian dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Biro Pengaduan Dan Perkhidmatan Awam MCA Pasir Gudang, di sini semalam.

Gek Hiok berkata, setelah mendapat tahu niat kontraktor untuk menghentikan tugas, dia pergi ke rumah berkenaan untuk mendapatkan penjelasan namun berakhir dengan pergaduhan.

Pergaduhan itu kemudian meleret sehingga sehingga berlaku kekasaran dan pergelutan antara ketiga-tiga individu terbabit sehingga menyebabkan Gek Hiok mengalami kecederaan lebam di beberapa bahagian badannya.

Sementara itu, pasangan kontraktor berkenaan, Chia Muing Fui, 51, dan isterinya, Tan Lay Kian, 32, mendakwa semuanya bermula dari Gek Hiok sendiri kerana memukul Lay Kian menggunakan sebatang mop.

“Dia menuduh saya mahu mencuri batang mop miliknya sebelum bertindak memukul saya dibahagian kepala dan badan menggunakan peralatan itu.

“Akibat tindakannya itu, suami saya menahan dia agar tidak terus menyerang saya sebelum berlaku pergelutan antara kami bertiga.

“Mungkin dalam pergelutan itu berlaku kekasaran sehingga menyebabkan Gek Hiok mengalami kecederaan lebam, namun ia tidaklah disengajakan,” jelas Lay Kian.

Tambah Lay Kian, kedua-dua pihak telah memohon maaf atas kejadian namun mereka tidak akan menarik balik laporan polis yang sudah dibuat pada hari yang sama.- K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI