fbpx

Messi makin gembira di Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI masih belum memutuskan mengenai masa depannya tetapi Barcelona berharap dia akan terus kekal di Camp Nou. – AFP

BARCELONA – Pemain pertahanan Barcelona, Gerard Pique mendedahkan bahawa dia tidak mempunyai maklumat mengenai masa depan rakan sepasukannya, Lionel Messi bersama pasukan itu.

Bagaimanapun, dia mengakui bahawa penyerang sensasi pa­sukannya itu kelihatan semakin bersemangat dan gembira untuk terus kekal di Camp Nou.

Ketika ini, semua perhatian tertumpu kepada Messi yang bakal menamatkan kontraknya bersama The Catalans penghujung musim ini sama ada akan menandatangani perjanjian baharu atau memilih untuk mencari kelab lain.

“Saya tidak dapat memberitahu anda mengenai apa yang akan berlaku terhadap masa depan Messi.

“Cuma, sejak kebelakangan ini saya dapat rasakan Messi sema­kin gembira. Itu adalah perkara yang paling mustahak.

“Dia memberikan impak yang besar untuk pasukan dan de­ngan tugasnya sebagai kapten menyebabkan pengaruhnya untuk keseluruhan pasukan sangat hebat. Barcelona mampu memberikan aksi cemerlang ketika ini kerana dia.

“Messi sudah memberikan yang terbaik untuk pasukan ini sejak sekian lama. Kami sangat mengenalinya dan akan menyo­kong apa sahaja keputusan yang akan dibuatnya.

“Kami sepatutnya bersyukur dengan apa yang telah disumbangkan,” kata Pique.

Laporan menyebut, Messi ma­sih belum membuat sebarang keputusan mengenai masa depannya setakat ini.

Spekulasi sebelum ini mengaitkan Messi dengan perpindahan ke Paris Saint-Germain dan Manchester City yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Bagaimanapun, Barcelona di bawah kendalian Ronald Koeman ketika ini sudah mula mempamerkan peningkatan terma­suk berjaya merangkul gelaran Piala Raja Sepanyol selepas menewaskan Athletic Bilbao sebelum ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI