fbpx

IHP Mac 2021 meningkat 1.7 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Uzir

PUTRAJAYA – Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi Mac lalu meningkat 1.7 peratus kepada 122.9 berbanding 120.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, ia peningkatan dua bulan berturut-turut sejak Februari lalu.

Beliau berkata, peningkatan IHP itu didorong oleh peningkatan indeks Pengangkutan (9.8 peratus); Makanan dan Minuman Bukan Alkohol (1.5 peratus); Pelbagai Barangan dan Perkhidmatan (1.0 peratus) serta Hiasan, Perkakasan dan Penyelenggaraan Isi Rumah (0.9 peratus).

“Peningkatan indeks turut dikesan bagi Minuman Alkohol dan Tembakau (0.6 peratus); Kesihatan (0.5 peratus) serta Perkhidmatan Rekreasi dan Kebudayaan (0.5 peratus) yang menyumbang 64.0 peratus kepada keseluruhan wajaran,” katanya menerusi laporan IHP dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia hari ini.

Katanya, daripada 552 item yang diliputi di dalam IHP, 338 item menunjukkan peningkatan pada Mac 2021 manakala, 141 item mencatatkan penurunan dan 73 item tidak berubah.

Mohd. Uzir berkata, berdasarkan prestasi 552 item mengikut kategori barangan dan perkhidmatan, Barang Tidak Tahan Lama (296 item) adalah kategori paling banyak mengalami kenaikan harga iaitu 209 item, 73 item menurun dan 14 item tidak berubah berbanding kategori Perkhidmatan, Barang Semi Tahan Lama dan Barang Tahan Lama.

Menurutnya, IHP tanpa bahan api meningkat 0.5 peratus pada Mac 2021 kepada 113.7 berbanding 113.1 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

“IHP tanpa bahan api adalah meliputi semua barang dan perkhidmatan kecuali Petrol Tanpa Plumbum RON95, Petrol Tanpa Plumbum RON97 dan Diesel,” katanya.

Selain itu, katanya, lima negeri iaitu Terengganu (2.8 peratus), Kelantan (2.3 peratus), Selangor & Wilayah Persekutuan Putrajaya (1.9 peratus), Pahang (1.9 peratus) dan Negeri Sembilan (1.8 peratus) menunjukkan peningkatan melepasi paras IHP nasional 1.7 peratus pada Mac 2021 berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI