fbpx

Anis Amira sedia uji kemampuan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANIS AMIRA sedia ukur kemampuan diri pada kejohanan Piala Negara-Negara di Hong Kong bulan depan.

SELEPAS lebih tahun menyepi tanpa sebarang kejohanan antarabangsa, pelumba berbasikal trek wanita negara, Anis Amira Rosidi kini boleh tersenyum apabila menyertai kejohanan Piala Negara-Negara di Hong Kong bulan depan.

Dia yang merupakan satu-satunya pelumba wanita senior negara berharap mampu menguji prestasi sedia ada pada kejohanan antarabangsa pertamanya selepas lama berehat.

Kata Anis, dia pastinya memerlukan sedikit masa untuk kembali menyesuaikan diri dengan kejohanan kompetitif selain mengakui gembira dapat beraksi di luar negara.

“Secara jujur, memang saya sangat berharap untuk beraksi pada kejohanan ini memandang­kan ia adalah pe­nyertaan pertama sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama.

“Sudah tentu ada perbezaan yang sangat ketara jika dibandingkan kejohanan antarabangsa dengan kejohanan dalaman sebelum ini. Suasana serta saingannya sangat berbeza,” kata pelumba kelahiran Perlis itu.

Sebagai rekod, atlet berusia 22 tahun itu adalah pelumba wanita senior tunggal negara selepas Fatehah Mustapa mengumumkan persaraan tahun lalu.

Meskipun mengakui agak tertekan kerana tumpuan kini terarah kepadanya, namun Anis tekad membuktikan kemampuannya pada kejohanan di Hong Kongitu yang dijadualkan berlangsung 13 hingga 16 Mei nanti.

“Sudah tentu saya harap boleh ukur sejauh mana kemampuan sendiri apabila menyertai kejohanan antarabangsa, lebih-lebih lagi hanya saya seorang pelumba wanita senior ketika ini.

“Tekanan memang ada apabila menjadi pelumba tunggal kerana orang mula berikan perhatian. Bagaimanapun, itu adalah cabaran yang perlu saya hadapi sebagai atlet,” ujarnya.

Tambahnya, Piala Negara-Negara itu menjadi satu-satu­nya fokus pada tahun ini kerana acara trek tidak dipertandingkan pada Sukan SEA Vietnam hujung tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI