fbpx

UiTM di kedudukan 101-200 dalam THE Impact Rankings

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Ranking Universiti Teknologi Mara (UiTM) melonjak pada kedudukan band 101-200 pada tahun ini berbanding 401-600 pada tahun lalu mengikut Times Higher Education (THE), Impact Rankings semalam.

Timbalan Naib Canselor (Akademik danAntarabangsa) yang menjalankan fungsi Naib Canselor, Prof. Dr. Roziah Mohd Janor dalam kenyataannya berkata, sejumlah 1,115 universiti di seluruh dunia telah mengambil bahagian dalam penarafan edisi ketiga THE Impact Rankings ini.

Katanya, ini merupakan tahun kedua penyertaan UiTM dan menampilkan kecemerlangan pencapaian universiti dengan meraih tempat keempat teratas daripada keseluruhan 19 universiti di negara ini yang menyertainya.

“Pencapaian yang memberansangkan ini adalah hasil pendekatan dan inisiatif pintar yang telah dimulakan oleh mantan Naib Canselor, Prof. Emeritus Datuk Dr Ir. Mohd. Azraai Kassim khususnya melalui pelaksanaan perancangan strategik UiTM2025.

“Justeru, ia adalah bukti jelas bahawa UiTM berada pada landasan yang betul ke arah menjadi universiti terkemuka dunia menjelang tahun 2025 dan menjadi motivasi terbaik kepada keterangkuman seluruh warga UiTM untuk kekal komited,” katanya.

Beliau memberitahu, peningkatan tersebut dicapai melalui dua Matlamat Pembangunan Lestari UiTM (Sustainable Development GoalsSDGs) yang berada pada posisi 50 terbaik iaitu SDG 5 pada kedudukan 42 berbanding 74 sebelumnya dan SDG 17 pada kedudukan 48, berbanding 601 sebelumnya.

Manakala, dua lagi SDG pada kedudukan 100 terbaik iaitu SDG 1 pada kedudukan 54, berbanding 101-200 sebelumnya, dan SDG 4 pada kedudukan 95, berbanding 101-200 sebelumnya.

“Peningkatan ketara dicatatkan oleh SDG 17 (Partnerships for the Goals) yang menempatkan UiTM di kedudukan 48 berbanding band 601+ pada tahun lepas,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI