fbpx

Tiga minggu tenat, bapa Azlan Typewriter meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZLAN TYPEWRITER

PETALING JAYA – Selepas tiga minggu tenat bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19, bapa kepada penyanyi Azlan Typewriter, Sallehudin Che Ani disahkan meninggal dunia petang tadi.

Allahyarham yang berusia 68 tahun menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.25 petang di Hospital Selayang selepas mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Penyanyi lagu Jangan Khianati Aku itu meluahkan rasa sedih apabila hanya mampu melihat detik terakhir pemergian bapanya menerusi panggilan video sahaja.

“Ayah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.25 petang tadi. Perasaan saya sayu apabila tengok sendiri Allahyarham perlahan-lahan menghembuskan nafas terakhir.

“Pihak hospital beri kebenaran kami buat panggilan video dan semua adik-beradik saya pun ada sekali dalam sesi tersebut.

“Bila sampai tahap tak boleh uruskan jenazah sebab Covid-19, saya hanya berserah kepada ketentuan Allah,” katanya.

Azlan berkata, jenazah bapanya diuruskan oleh pihak hospital sehingga ke liang lahad berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) penyakit berjangkit yang ditetapkan.

Terdahulu, penyanyi itu memaklumkan bahawa ayahnya sudah tiada harapan untuk hidup selepas dijangkiti wabak maut berkenaan kerana keadaannya yang kritikal.

Ditambah lagi dengan penyakit kronik yang dialami bapanya seperti buah pinggang.

Azlan kali terakhir bertemu dengan bapanya sekitar tiga minggu lalu sebelum arwah dimasukkan ke hospital. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI