fbpx

Pemain industri pelancongan terima bantuan one-off

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sulaiman (tengah) menyampaikan replika cek kepada salah seorang penggiat industri pelancongan di Hotel MITC, Melaka hari ini.

MELAKA – Kerajaan negeri akan memberi bantuan sekali bayaran (one-off) antara RM1,000 sehingga RM2,000 kepada 199 penggiat industri pelancongan di negeri ini yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, bantuan itu merangkumi pengusaha di bawah Agensi Kembara Pelancongan Negeri Melaka, pengusaha inap desa dan pengusaha chalet bumiputera.

“Seramai 120 pengusaha Agensi Kembara Pelancongan Negeri Melaka akan menerima bayaran one-off sebanyak RM1,000, manakala RM1,500 pula akan diberikan kepada 67 pengusaha chalet bumiputera.

“Sembilan pengusaha inap desa juga akan menerima bantuan berjumlah RM2,000. Secara keseluruhan, kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan berjumlah RM253,500 khusus bagi membantu penggiat industri pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian bantuan berkenaan di Hotel MITC di sini hari ini.

Tambahnya, bantuan sebanyak RM5,000 turut disalurkan kepada Persatuan Pelancongan Melaka (MTA), Persatuan Hotel Malaysia Melaka (MAH) dan Persatuan Bajet Hotel Negeri Melaka (MyBHA).

“Bantuan one-off ini akan disalurkan terus ke dalam akaun penerima. Saya berharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu penggiat industri pelancongan meneruskan kelangsungan perniagaan.

“Menerusi usaha ini dan kempen-kempen yang dijalankan bagi mempromosikan pelancongan Melaka, kita boleh mengangkat industri pelancongan ke tahap yang paling tinggi sekali gus mencapai sasaran 6.2 juta pelancong pada tahun ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI