fbpx

Menyamar peguam Diraja Johor tipu iklan bernilai lebih RM185,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan

JOHOR BAHRU – Polis Johor menahan seorang peguam yang menyamar sebagai peguam istana Diraja Johor di Kampung Dato’ Jaafar di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor menahan suspek berusia 51 tahun itu pada pukul 9.40 pagi.

“Tangkapan ini susulan laporan polis yang dibuat pada 31 Mac 2011 berkaitan kes penipuan menyamar sebagai peguam Diraja Johor dan telah memperdaya sebuah syarikat pengiklanan di Petaling Jaya, Selangor.

“Menerusi penyamaran itu sejumlah wang RM185,062.50 telah dibayar kepada suspek untuk pemasangan caj memasang papan iklan di kawasan konsensi Lebuh Raya Utara Selatan dan laluan Linkedua Malaysia-Singapura,” katanya dalam sidang akhbar di IPK Johor di sini pada Khamis.

Katanya, kes tersebut dibuka semula untuk siasatan selepas mendapat fakta dan bukti baharu.

Ayob berkata, suspek akan dituduh di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan di Mahkamah Petaling Jaya esok.

Menurutnya, semakan lanjut ke atas suspek mendapati mempunyai 17 kes lampau berkaitan pecah amanah jenayah, pengubahan wang haram dan akta syarikat.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI