fbpx

Janna Nick pernah kelar tangan, telan segenggam panadol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANNA NICK

PETALING JAYA – Pelakon kontroversi Janna Nick membuka kisah silam bahawa dia pernah dua kali membuat percubaan bunuh diri.

Menurut Janna, dalam percubaan pertama dia mengelar pergelangan tangannya pada usia 15 tahun.

Bukan hanya sekali, pelakon itu bahkan terlebih dahulu pernah bertindak untuk membunuh diri pada usia 14 tahun dengan menelan segenggam Panadol bercampur ubatan lain.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah binti Muner, 26, mendedahkan bahawa dia mula kenal erti ‘bunuh diri’ seawal usia lapan tahun lagi.

“Seawal umur lapan tahun lagi saya sudah fikir untuk membunuh diri. Kehidupan kanak-kanak saya tidak seperti orang lain. Sepak terajang memang makanan saya sejak dulu.

“Saya pernah cuba membunuh diri ketika umur 14 tahun dengan menelan segenggam Panadol dan ubat lain,” ujarnya.

Dedah pelakon drama Marry Me Senorita itu lagi, dia sebenarnya tidak mempunyai keluarga yang sempurna.

“Saya tidak ada keluarga sempurna. Saya duduk jauh kerana bersekolah asrama penuh. Bayangkan setiap minggu lihat ibu bapa kawan-kawan sekolah melawat, bawa makanan. Saya? Tengok sahajalah menerusi tingkap bilik.

“Percubaan bunuh diri kedua, saya kelar pergelangan tangan depan adik saya sendiri,” dedah Janna.

Janna sebelum ini menggemparkan industri hiburan apabila memuat naik video luahan perasaan apabila dia mengakui tertekan dengan lambakan kerja sehingga mengganggu emosinya.

Dalam pada itu, Janna juga mengakui dirinya telah disahkan menghidap Bipolar Disorder dan kini masih dalam rawatan serta mengambil ubat Antidepressant Medication ( Escitalopram ) dan Carbamazepine (CBZ ).

Dalam pada itu, teman wanita kepada pelakon Dini Schatzman itu memberitahu agar semua pihak tidak khuatir tentang situasi dirinya.

“Saya tahu bahawa ini adalah masalah diri sendiri tetapi jangan risau saya akan memperbaikinya.

“Saya tidak perlukan pendapat sesiapa dan tak perlukan orang faham saya. Selain itu, saya juga gagal memahami minda sendiri. Saya cuma perlukan rehat,” katanya lagi.

Perkongsian tersebut menarik perhatian netizen termasuk rakan artis yang meninggalkan komen positif supaya Janna terus berjuang dalam hidupnya. – K! ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI