fbpx

Suziana urus pelancong ke pulau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUZIANA Mohammad menerangkan kepada seorang pelanggan pakej-pakej pelancongan yang ditawarkan agensi pelancongannya, Sunny Travel di Jeti Kuala Besut, Besut, Terengganu. – PUQTRA HAIRRY

BESUT – Agensi pelancongan, Sunny Travel yang beroperasi di Jeti Kuala Besut di sini bukan nama asing dalam kalangan pengunjung di pulau-pulau peranginan di Terengganu.

Perniagaan yang diusahakan anak jati Besut, Suziana Mohamad, 46, bersama suami, Mohd. Khursani Ab. Manaf, 48, itu merupakan antara yang paling lama bertapak di jeti berkenaan, malah terus bertahan hingga kini.

Suziana berkata, pendekatan mesra pelanggan yang menjadi amalan sejak 21 tahun lalu membolehkan agensi pelancongan mereka menjadi pilihan pelanggan termasuk dalam kalangan kenamaan dan selebriti.

Katanya, antara yang pernah menggunakan khidmat Sunny Travel termasuk Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di samping penyanyi, Hazama.

“Saya bermula sebagai pekerja di sebuah agensi pelancongan sebelum memberanikan diri mengusahakan perniagaan sendiri pada tahun 2000 dengan pembiayaan modal sebanyak RM3,000 dari Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

“Kepuasan pelanggan merupakan keutamaan di Sunny Travel dan kita berusaha memberikan khidmat terbaik dari segi penyediaan pengangkutan, pemilihan penginapan, makan dan minum serta aktiviti bagi memastikan mereka mendapat percutian yang menyeronokkan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Suziana, walaupun masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), namun tempahan tetap diterima untuk ke Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Pulau Kapas cuma jumlahnya tidak meriah berbanding sebelum ini.

Katanya, semasa kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri, jumlah pelanggannya naik berganda mencecah 1,000 orang pada Ogos dan September tahun lalu.

Bagaimanapun, ibu kepada empat anak ini berharap agar situasi pandemik Covid-19 dapat dipulihkan bagi membolehkan sektor pelancongan kembali bernafas.

“Kita menawarkan harga promosi bermula daripada RM150 untuk dewasa bagi pakej dua hari satu malam manakala untuk trip sehari termasuk bot dan bersnorkel pula serendah RM85,” katanya.

Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan khidmat Sunny Travel boleh menghubungi talian 012-9587917 atau Facebook, Sunny Travel – Perhentian Islands.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI