fbpx

Malaysian Tigers sudah mula pamer peningkatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALAYSIAN Tigers tewas dalam dua aksi sebelum ini, namun berjaya mempamerkan peningkatan prestasi selepas 16 bulan tanpa sebarang aksi antarabangsa. – FB MALAYSIA HOCKEY CONFEDERATION

MESKIPUN tewas dalam dua aksi persahabatan menentang Jepun dan Great Britain sebelum ini, namun prestasi skuad hoki kebangsaan masih boleh dibanggakan.

Dalam dua perlawanan itu, Malaysian Tigers tewas 0-3 kepada Jepun Sabtu lalu manakala pertemuan menentang Great Britain malam kelmarin berakhir 1-3.

Bagaimanapun, pengurus skuad kebangsaan, Datuk Mirnawan Nawawi menegaskan, aksi bertemu dua pasukan itu tidak boleh dijadikan perban­dingan memandangkan ia adalah aksi antarabangsa pertama mereka selepas 16 bulan.

“Jepun dan Great Britain sedang dalam persiapan menghadapi Sukan Olimpik Tokyo Julai nanti. Selepas 16 bulan, ini adalah aksi antarabangsa pertama buat skuad negara.

“Jika dilihat pada keputusan, agak mengecewakan tetapi objektif kita tercapai, iaitu untuk menyaksikan pasukan negara tunjukkan peningkatan,” kata legenda hoki tanah air itu.

Tambah beliau, siri persahabatan itu tidak boleh dijadikan kayu ukur berhubung prestasi skuad negara dalam rangka persiapan menghadapi kejohanan-kejohanan penting selepas ini.

Malaysian Tigers dijadualkan menyertai Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh Jun depan, Trofi Juara-juara Asia (ACT) di Bangladesh (Oktober), Kejohanan Hoki Dalam Dewan Asia di Thailand (November) serta Piala Asia November hingga Januari 2022.

“Kita tidak boleh buat perbandingan secara terus dengan Jepun dan Great Britain kerana kondisi mereka berada pada tahap 90 peratus untuk beraksi di Olimpik nanti.

“Bermula di sini, kita akan bina pasukan untuk hadapi Trofi Juara-Juara Asia Oktober nanti serta Piala Asia penghujung tahun ini. Piala Asia adalah platform untuk layak ke Piala Dunia,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI