fbpx

Lelaki maut terjun tingkat tiga Suria KLCC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjun dari tingkat tiga pusat beli-belah Suria Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 1.52 tengah hari.

“Setakat ini, saya mengesahkan kejadian tersebut membabitkan seorang lelaki yang telah terjun dari tingkat tiga KLCC.

“Siasatan masih dijalankan dan sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, tular gambar kejadian itu di media sosial. – K! ONLINE.

(Nota: Gambar asal berita ini telah diubah bagi mengelak salah faham dalam kalangan pembaca. Laporan ini berdasarkan kenyataan polis.  – Pengarang Kumpulan Media Mulia.)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI