fbpx

Kematian mengejut Lee Hyun-bae

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE HYUN-BAE

ANGGOTA kumpulan 45RPM, Lee Hyun-bae disahkan meninggal dunia di kediamannya di Pulau Jeju, 17 April lalu.

Hyun-bae yang merupakan adik kepada penyanyi kumpulan DJ DOC iaitu Lee Ha-neul meninggal dunia pada usia 48 tahun dipercayai akibat serangan jantung.

“Lee Hyun-bae ditemui mati di kediamannya. Mayatnya akan dibawa pulang ke Seoul,” ujar wakil Ha-neul.

Sepanjang karier, Hyun-bae terkenal dengan barisan lagu popularnya iaitu Hit Pop, The Invincible Baseball Team, Old Friend, Withstand dan Dreamer.

Di sebalik berita duka tersebut, muncul kontroversi apabila Ha-neul mendakwa rakan kumpulannya iaitu Kim Chan-ryul menjadi penyebab kepada kematian adiknya.

Dakwanya, selama ini Chang-ryul ‘mengaut’ semua pendapatan yang diterima kumpulan DJ DOC dan langsung tidak berkongsi bayaran kepada Hyun-bae meskipun penyanyi itu pernah terlibat dalam penghasilan lirik lagu kumpulan mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI