fbpx

Tular lelaki mati dipijak gajah bukan di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan seorang lelaki maut dipijak gajah bukan berlaku di Malaysia sebaliknya kejadian di Nakhon Ratchasima, Thailand.

MERSING – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor menafikan video tular yang memaparkan seorang lelaki mati dipijak gajah yang didakwa berlaku di Felda Tenggaroh, Mersing di sini.

Pengarah Perhilitan Johor, Salman Saaban berkata, video berkenaan sebaliknya berlaku di Thailand pada 15 April lalu.

“Semakan telah dibuat dan mengesahkan kejadian bukannya di Felda Tenggaroh, Mersing.

“Berdasarkan video ini adalah disyaki ianya berlaku di luar negara iaitu di Thailand,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 2.27 minit yang memperlihatkan seorang lelaki cuba memberi makan kepada seekor gajah namun haiwan tersebut bertindak menyerang mangsa sehingga mati.

Melalui rakaman suara yang tular bersama video berkenaan memaklumkan kejadian berlaku di Felda Tenggaroh, Mersing.

Salman berkata, laporan akhbar tempatan Bangkok Post turut melaporkan berkenaan kejadian itu yang berlaku pada Khamis ketika lelaki berkenaan cuba memberi makan haiwan itu di Nakhon Ratchasima, Thailand.

“Saya menasihatkan agar orang ramai tidak terlalu ghairah untuk menyebarkan berita-berita yang tidak pasti kebenarannya atau berita palsu kerana ia akan menimbulkan keresahan yang tidak berasas kepada orang ramai.

“Orang ramai dinasihatkan agar meyemak terlebih dahulu dengan pihak berkuasa bagi mengesahkan sebarang berita yang diterima,”katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI