fbpx

Sindiket penipuan tawar pekerja sambilan Lazada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Polis Selangor mengesan kewujudan sindiket penipuan tawaran kerja sebagai pekerja sambilan platform e-dagang, Lazada sejak Februari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, Asisten Komisioner Muhammad Yazid Muhammad Yew berkata, modus operandi mereka adalah menyamar sebagai ejen pencari kerja dengan mangsa kononnya akan diberikan beberapa tugasan untuk diselesaikan mereka.

Katanya, sindiket juga menjanjikan keuntungan di antara 8 peratus hingga 15 peratus kepada mangsa selepas melengkapkan tugasan itu.

“Mangsa dikehendaki membayar beberapa kos bagi membolehkan mereka memperolehi pulangan yang dijanjikan.

“Bermula 6 Februari hingga hari ini, pihak kami telah membuka 23 kertas siasatan melibatkan kerugian RM219,271.15 daripada sindiket ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata Muhammad Yazid, mangsa terdahulu akan menerima satu pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp yang menawarkan kerja sambilan dengan pautan yang perlu ditekan untuk menghubungi sindiket tersebut.

Setelah pautan ditekan, pihak sindiket akan menawarkan kerja sambilan sebagai ejen pembelian dalam talian dengan mangsa akan menerima satu gambar barang yang dijual di dalam laman Lazada.

“Sindiket akan mengarahkan mangsa membayar harga barangan yang tertera di dalam gambar seperti dalam pesanan WhatsApp. Pembayaran ke atas barangan tersebut akan dibuat terus ke dalam akaun sindiket tanpa melalui platform Lazada.

“Mangsa diperjelaskan sindiket bahawa tujuan pembayaran barang itu bukan untuk pembelian sebaliknya bertujuan menaikkan rating barangan tersebut dalam platform e-dagang itu,” katanya.

Jelas beliau, kebiasaannya mangsa akan menerima pulangan semula kos yang dibayar seperti komisen seperti dijanjikan untuk tugasan pertama dan kedua.

“Bagaimanapun, sindiket akan berdolak-dalik untuk membuat bayaran untuk tugasan ketiga dan seterusnya sebelum gagal dihubungi.

“Orang ramai supaya berhati-hati ketika berurusan mencari pekerjaan sambilan terutama melalui sistem dalam talian. Selain itu, boleh menyemak laman sesawang https://ccid.rmp.gov.my/semakmule untuk urusan melibatkan akaun bank dan nombor telefon bagi mengelak ditipu,” jelasnya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI