fbpx

MyJet terima kelulusan ATR tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Syarikat pe­nerbangan kargo tempatan, MyJet Xpress Airlines Sdn. Bhd. (MyJet) menerima jumlah kelulusan hak trafik udara (ATR) tertinggi daripada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) bagi suku tahun pertama 2021.

Kelulusan yang diterima adalah sebanyak 12 ATR berbanding 24 ATR secara keseluruhan yang dikeluarkan.
Malaysia Airlines Bhd. me­nerima enam ATR, AirAsia Group empat, manakala baki dua ATR diterima Raya Airways Sdn. Bhd.

Pengerusi Eksekutif Mavcom, Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata, pihaknya meluluskan kesemua 24 permohonan ATR daripada syarikat penerbangan bagi suku pertama tahun ini.

“Daripada jumlah tersebut, 21 peruntukan ATR adalah untuk laluan penerbangan antarabangsa sementara baki tiga ATR lagi adalah untuk laluan penerbangan domestik.

“Kadar permohonan ATR berkurangan sebanyak 51.7 peratus berbanding 43 permohonan ATR bagi suku terakhir tahun 2020, namun masih lebih baik berbanding 18 permohonan yang diterima pada suku pertama tahun 2020,” katanya dalam kenya­taan yang dikeluarkan semalam.

Mavcom menerangkan, tiada ATR tamat tempoh pada suku pertama 2021, berikutan Mavcom telah melonggarkan satu syarat ATR iaitu pembatalan secara automatik jika tidak digunakan dalam tempoh enam bulan daripada tarikh kelulusannya, yang mana kelonggaran tersebut telah berkuat kuasa sejak 5 Jun tahun lalu.

Kelonggaran tersebut bertujuan untuk memudahkan pentadbiran dan kawal selia syarikat-syarikat penerbangan, selain membolehkan mereka terus memegang portfolio ATR sedia ada yang aktif.

Namun, jelasnya, ia tidak tertakluk kepada ATR yang tamat tempoh serta dibatalkan secara automatik,

Sementara itu, Saripuddin menjelaskan, pihaknya akan terus menganalisa cabaran yang dihadapi syarikat penerbangan ekoran impak Covid-19 dan sedia membantu memulihkan sektor penerbangan dengan memberi kelonggaran syarat ATR sehingga syarikat penerbangan kembali beroperasi sepenuhnya.

“Kami melihat perkembangan segmen kargo yang sihat seiring dengan keperluan logistik yang semakin meningkat selain daya tahan sektor penerbangan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI