fbpx

Air najis burung punca jiran bergaduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sabit yang dirampas polis di hadapan sebuah rumah di Taman Permatang Tinggi Indah di Bukit Mertajam hari ini.

SEBERANG PERAI – Seorang wanita berusia 27 tahun cedera pada dahi selepas terkena sebilah sabit yang dihayun jirannya dalam kejadian pertengkaran di hadapan rumah mereka di Taman Permatang Tinggi Indah, Bukit Mertajam di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, kejadian kira-kira pukul 4.10 petang itu berlaku akibat salah faham dan pertengkaran mulut di antara jiran yang tinggal bersebelahan.

Beliau berkata, suspek berusia 42 tahun tidak berpuas hati dan memarahi bapa mangsa kerana air basuhan najis burung merpati telah masuk ke kawasan rumahnya.

“Ketika kejadian suspek sedang memegang sebilah sabit kecil dan mengacukan ke arah bapa mangsa berusia 52 tahun.

“Namun, wanita itu cuba menghalang sehingga sabit terkena pada dahinya pada sebelah kiri sebelum suspek melarikan diri,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, akibat kejadian itu, mangsa dirawat di sebuah hospital swasta di Butterworth di sini dan disahkan luka pada bahagian atas mata sebelah kiri.

“Polis turut menemui sebilah sabit di lokasi kejadian dan usaha mengesan suspek sedang dilakukan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI