fbpx

PKPD di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan hari ini bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Kelantan bermula 19 April sehingga 2 Mei 2021.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan peningkatan kes Covid-19 secara mendadak di lokaliti tersebut.

“Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 396 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 43 kes positif Covid-19 telah direkodkan.

“Pelaksanaan PKPD ini bagi memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua yang terlibat dan seterusnya mengekang penularan jangkitan Covid-19 ke komuniti luar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata, kerajaan melanjutkan PKPD di Kampung Belaoh, Kampung PPRT Belaoh Baru, Kampung Keruak, Kampung Pak Sik, Felcra Keruak, Hulu Besut, Besut, Terengganu bermula 21 April sehingga 27 April 2021.

Katanya PKPD di semua lokaliti tersebut yang sepatutnya tamat pada 20 April ini dilanjutkan berikutan terdapat penularan Covid-19 berterusan.

“Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 2,038 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 103 kes positif Covid-19 telah direkodkan.

“KKM melaporkan masih terdapat penularan berterusan dalam kalangan penduduk di kawasan PKPD dan terdapat sebanyak 309 baki sampel saringan yang sedang menunggu keputusan,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI