fbpx

Mourinho tampak ‘goyang’ Kane cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE terpaksa dikeluarkan daripada meneruskan permainan selepas penyerang itu mengalami kecederaan pada buku lali ketika aksi EPL awal pagi semalam.

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho nyata bimbang apabila Harry Kane mungkin terpaksa direhatkan selepas kapten Spurs itu me­ngalami kecederaan pada buku lali ketika seri 2-2 dengan Everton pada saingan Liga Perdana Ing­geris (EPL) semalam.

Ketiadaan Kane pasti memberi tekanan kepada Mourinho ketika skuad tersebut dijadualkan berdepan Manchester City pada aksi final Piala Liga England (EFL) 25 April ini nanti.

Kane sebelum ini pernah me­ngalami kecederaan sama dan sudah pasti Mourinho perlu mencari penyelesaian terbaik jika turun tanpa pemain itu ketika berdepan City nanti.

“Masih terlalu awal untuk menilai apa yang berlaku kepada Kane. Dia meninggalkan padang ketika permainan berbaki beberapa minit kerana merasakan sesuatu pada kakinya.

“Saya perlu bersikap positif dan saya percaya Kane mempunyai masa untuk pulih. Kita akan lihat bagaimana nanti.

“Buat masa ini Kane adalah aset penting buat pasukan. Saya tidak boleh berkata apa-apa atau membuat spekulasi,” kata pe­ngendali Spurs, Mourinho.

Gol liga ke-20 Kane musim ini meletakkan Spurs di depan pada minit ke-27 di Goodison Park, tetapi Sigurdsson kembali menya­makan kedudukan menerusi sepakan penalti.

Pada babak kedua, Sigurdsson pula meletakkan Everton di depan pada minit ke-62 sebelum Kane meledak gol penyamaan enam minit kemudian.

Hasil keputusan tersebut, Spurs kekal di tangga ketujuh, lima mata di belakang West Ham yang berada di tangga keempat. Everton di tangga kelapan dan satu mata di belakang Tottenham. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI