fbpx

Dortmund terdesak selamatkan musim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERZIC tidak mahu Dortmund gagal melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim depan dan wajib menang ke atas Werder Bremen pada aksi Bundesliga di Signal Iduna Park malam ini.

DORTMUND – Jurulatih Borussia Dortmund, Edin Terzic me­negaskan, mereka wajib menang ke atas Werder Bremen pada aksi Bundesliga di Signal Iduna Park malam ini sekiranya mahu melangkah ke Liga Juara-Juara musim depan.

Dortmund berdepan kemungkinan gagal melayakkan diri ke pentas Liga Juara-Juara musim depan apabila menghuni tangga kelima dan dibezakan tujuh mata dengan pasukan tangga keempat, Eintracht Frankfurt.

Pasukan itu menampilkan aksi terumbang-ambing musim ini apabila sekadar mengutip 46 mata selain tersingkir daripada Liga Juara-Juara di peringkat suku akhir.

“Kami akan cuba bangkit dan tempatkan pasukan dalam kelompok empat teratas. Semua pemain perlu bekerjasama dan berikan segala-galanya dalam baki saingan musim ini.

“Saya tidak mahu Dortmund terlepas peluang untuk ke Liga Juara-Juara musim depan. Kami perlu gunakan setiap peluang yang ada untuk memperbaiki kedudukan pasukan,” kata Terzic.

Sekiranya Dortmund gagal untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim depan, mereka mungkin berdepan kesukaran untuk mengekalkan pemain-pemain bintang seperti Erling Haaland.

Selain itu, Jadon Sancho juga mungkin tidak akan kekal bersama mereka apabila sering dirisik pasukan-pasukan gergasi Eropah terutamanya dari Liga Perdana Inggeris (EPL). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI