fbpx

Berkurung 100 hari demi ekspresi seni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penonton boleh menyaksikan aktiviti Inzana semasa penstriman langsungnya. -Oddity Central

LOS ANGELES – Seorang lelaki di Amerika Syarikat menghabiskan masa 100 hari pertama tahun ini melakukan penstriman langsung 24 jam dalam bilik berkunci sebagai satu bentuk ekspresi seni, lapor Oddity Central baru-baru ini.

Tim C Inzana, 34, memberitahu dia sanggup berkurung dalam tempoh lebih lama sekitar lima tahun jika ada pihak sanggup membayarnya sebanyak AS$5 juta (RM20.6 juta).

Inzana yang juga seorang pelukis merancang untuk terus berbuat begitu dan menjual hasil penstrimannya sebagai satu bentuk seni yang unik.

Buat masa ini, dia sedang giat melakukan penstriman secara percuma di saluran televisyen Twitch.

Ketika penstriman langsung, Inzana akan mengadakan sesi soal jawab bersama penontonnya, menari solo dengan deejay virtual, makan, bermeditasi dan juga menghasilkan pelbagai hasil seni. 

Pada sebelah malam pula, penonton boleh menyaksikan Inzana tidur.

Menurut lelaki itu, dia telah merujuk keluarga dan rakan-rakannya sebelum memulakan cabaran luar biasa itu.

“Saya menganggap apa yang saya lakukan ini adalah satu karya seni dengan mengubah lokasi kurungan menjadi ruang berwarna-warni.

“Sejujurnya, saya tidak tahu apa yang sedang saya lakukan atau adakah ia perkara yang betul tetapi kebanyakan masanya saya hanya mengikut kata hati,” kata Inzana kepada Majalah Insider. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI