fbpx

Ada pelanggan tidak patuh SOP ketika beli juadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Choon Foo (kiri) meninjau pematuhan SOP di sebuah gerai menjual juadah berbuka puasa di Bandar Utama, Gua Musang hari ini.-Foto AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Polis memberi amaran kepada penjaja dan pelanggan di Gua Musang supaya tidak melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan semasa melakukan urus niaga ketika bulan Ramadan ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, ini kerana, polis ada menerima aduan daripada penjaja mengenai pelanggan yang tidak memakai pelitup muka dengan betul ketika membeli juadah.

“Peniaga dan pelanggan sepatutnya mematuhi SOP dengan memakai pelitup muka termasuk mematuhi jarak fizikal ketika melakukan urusan jual dan beli di gerai terbabit.

“Kita telah menubuhkan pasukan penguatkuasa sepanjang masa seperti pasukan unit kereta peronda (MPV) untuk menjalankan rondaan sepanjang masa dalam tempoh bulan Ramadan ini,” katanya selepas meninjau pematuhan SOP di gerai penjaja di Bandar Utama di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI