fbpx

38 pemain Harimau Malaya dapat vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHENG HOE (kanan) bersama pemain Harimau Malaya akan menerima suntikan awal vaksin Covid-19 di Putrajaya, Isnin ini.

KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengesahkan pihaknya sudah ada se­narai pendek 38 pemain akan menerima suntikan vaksin ­Co­vid-19 di Putrajaya Isnin ini.

Kata Cheng Hoe, pemilihan itu bagaimanapun bukan senarai akhir pasukan yang akan dipilih untuk saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang akan berlangsung di Emiriyah Arab Bersatu pada Jun depan.

“Kami sudah ada nama barisan pemain terima suntikan vaksin. Ia adalah senarai pendek seramai 38 pemain tetapi ingin saya tegaskan ia bukan senarai akhir skuad Harimau Malaya.

“Ini kerana beberapa pemain negara yang beraksi di luar negara seperti Luqman Hakim Shamsudin, Junior Eldstal dan Liridon Krasniqi turut mempunyai peluang diserapkan dan pemberian vaksin kepada mereka sedang diuruskan oleh FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia).

“Namun, saya percaya semua pemain yang diberi vaksin nanti boleh fokus menjalani latihan tanpa sebarang kerisauan jangkitan Covid-19,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sebagai rekod, skuad kebangsaan mendapat berita yang ditunggu-tunggu selepas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengesahkan mereka akan menerima suntikan vaksin Covid-19 pada Rabu lepas.

Seramai 78 individu merangkumi pegawai, barisan kejurulatihan dan pemain dipilih untuk menerima suntikan vaksin nanti.

Sementara itu, Cheng Hoe berharap aksi pemanas badan berdepan Bahrain dan Kuwait dapat membantu persiapan skuad kendaliannya menghadapi baki tiga aksi kelayakan saingan Kumpulan G di UAE nanti.

“Kita pasti bertemu dengan Bahrain pada aksi persahabatan bulan depan dan satu lagi pasukan yang akan diputuskan adalah Kuwait tetapi masih perlu menunggu keputusan rasmi daripada pihak mereka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI