fbpx

Rupanya sindiket ah long, judi haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARJUNAIDI (tengah) menunjukkan pistol dan wang tunai yang ditemui pada sidang akhbar di IPD Klang Selatan, Klang baru-baru ini.

KLANG – Kegiatan jahat seorang majikan bersama empat rakan subahatnya yang dipercayai terlibat dalam sindiket perjudian haram dan ah long akhirnya terbongkar susulan penahanan mereka bagi membantu siasatan kes pukul dua pengawal peribadi yang tular di media sosial sejak kelmarin.

Kelima-lima suspek berusia 35 hingga 47 tahun termasuk ma­ji­kan kepada dua pengawal peribadi itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di daerah ini dan Kuala Lumpur pada Rabu lalu.

Empat suspek ditahan di daerah ini, manakala majikan kepada mangsa ditahan oleh pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, susulan tangkapan itu, pihaknya te­lah menyerbu sebuah rumah milik salah seorang suspek di Bukit Tinggi di sini sebelum menemui 100 kilogram jongkong emas.

Turut ditemukan adalah 12,500 keping not kertas AS$100 dengan nilai keseluruhan rampasan bernilai RM28.25juta.

Kosmo! difahamkan, kesemua jongkong emas dan wang tunai itu ditemukan di dalam sebuah peti di rumah pengurus syarikat kepada suspek utama yang juga majikan mangsa.

“Kita turut merampas sepucuk pistol jenis Glock bersama 10 butir peluru yang di bawah kawalan salah seorang mangsa dan merupakan kepunyaan sebuah syarikat kawalan keselamatan. Dua rotan yang digunakan semasa kejadian turut dirampas.

“Siasatan awal mendapati majikan mangsa yang berusia 44 tahun itu terlibat dalam kegiatan ah long dan judi haram,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di sini semalam.

Beliau memberitahu, siasatan awal mendapati kejadian merotan sehingga mencederakan dua pengawal peribadi seperti yang tular di media sosial adalah di­sebabkan perselisihan faham antara dua mangsa dengan majikannya atas alasan berpuasa.

Tambah Arjunaidi, ia berkemungkinan berpunca daripada kelewatan (masuk kerja) akibat berbuka puasa, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

“Mangsa cedera pada bahagian belakang badan, kepala dan lengan serta menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini.

“Tiga daripada suspek direman selama lima hari, manakala seorang lagi selama tujuh hari bermula semalam dengan kes disiasat mengikut Seksyen 324, Seksyen 298, Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya.

Ditanya sama ada wujud kemungkinan suspek terlibat dalam Geng Nicky, Arjuandi me­negaskan siasatan meliputi semua aspek sedang dijalankan.

“Kita juga melakukan siasatan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembia­yaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 serta Seksyen 5 (2) Akta pemberi pinjam wang (APPW) 1951,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, tiada sebarang unsur perkauman atau agama di sebalik kejadian itu.

Sementara itu, usaha Kosmo! untuk menemu bual salah seorang mangsa gagal selepas dihalang oleh pengawal keselamatan daripada memasuki kawasan perumahan tersebut.

Terdahulu, tular di laman sosial kejadian dua pengawal kese­lamatan dipukul menggunakan rotan, ditampar serta diacukan pistol selain diugut bunuh oleh majikannya sendiri hanya kerana mereka berpuasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI