fbpx

Getha lancar tilam teknologi penjagaan biologi canggih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Melissa (kiri) bersama Pengarah Eksekutif Getha, Yong Mei Tsin memperkenalkan Siri Kompas Getha terbaru di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Syarikat tilam getah asli, Getha memper­kenalkan Siri Kompas Getha terbaharu yang dilengkapi teknologi penjagaan biologi canggih untuk melindungi pengguna daripada sinaran elektromagnetik.

Ketua Pegawai Eksekutif Getha berkata, Melissa Tan berkata, koleksi Kompas Getha terdiri daripada tiga model tilam iaitu Getha Compass Star, Getha Compass Green dan Getha Compass Gold 100.

“Ciri unik siri ini ialah kebolehan memberi perlindungan radiasi yang terhasil daripada peralatan elek­tronik moden bagi memastikan pengguna dapat membina sistem imun melalui aktiviti tidur yang berkualiti.

“Teknologi perlindungan ra­diasi tilam Getha menjadi lebih penting sekarang kerana kita perlu membina sistem pertahanan tubuh yang kuat terutamanya pada musim pandemik,” katanya dalam satu ke­nyataan.

Melissa berkata, tilam tersebut dapat menyekat sinaran frekuensi rendah yang dipancarkan me­lalui internet tanpa wayar (Wi-Fi), Bluetooth dan sebarang bentuk medan elektromagnetik.

Tambahnya, ia turut dapat mencegah tekanan pada tubuh dengan mengurangkan elektrik statik, meningkatkan kualiti tidur serta mencegah penyakit dan bau yang disebabkan oleh bakteria.

“Semua tilam Getha diperbuat daripada 100 peratus getah asli dan direka sesuai dengan lekukan semula jadi badan manusia, sekali gus memberi keselesaan dan sokongan terbaik semasa tidur,” katanya.

Produk tersebut dipamerkan dalam kempen Masa Untuk Bangun selama seminggu di kompleks beli-belah Mid Valley sehingga 18 April ini.

Maklumat lanjut mengenai produk, boleh layari di laman web, www.getha.com.my.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI