fbpx

Seramai 1,050,138 individu telah divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai 1,050,138 individu telah menerima suntikan vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sehingga pukul 11.59 malam semalam.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi Twitter berkata, seramai 632,668 individu telah menerima suntikan bagi dos pertama sementara bagi dos kedua pula seramai 417,470.

“Selangor mencatatkan jumlah tertinggi dengan (86,577), penerima dos pertama diikuti Sarawak (65,580) dan Kuala Lumpur (62,724). Bagi dos kedua, didahului Selangor dengan (57,664), Perak (47,007) dan Sabah (42,344),” katanya.

Dalam pada itu, JKJAV turut memaklumkan sehingga pukul 11.59 malam semalam, seramai 8,687,372 atau 35.8 peratus telah berdaftar untuk menerima suntikan vaksinasi Covid-19.

“Selangor mencatatkan jumlah pendaftaran yang tertinggi iaitu sebanyak (2,306,344), diikuti Johor (1,091,919), Sarawak (771,848), Kuala Lumpur (704,022), Perak (636,489) dan Pulau Pinang (602,603),” ujarnya.

JKJAV turut memberitahu, fasa kedua akan bermula dalam masa yang terdekat dan orang ramai yang masih belum membuat pendaftaran untuk mendapatkan vaksin Covid-19 boleh mendaftar melalui MySejahtera, laman web JKJAV di www.vaksincovid.gov.my atau hubungi Talian Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan di 1800-888-828. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI