fbpx

Lelaki pos diri sendiri kerana rindu kampung halaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
- Lelaki ini terkandas di Amerika Syarikat selepas pihak berkuasa menyangka bagasinya berisi mayat. -Mirrorpix

LONDON- Seorang pesara dari Cardiff, Wales sedang mencari dua lelaki dari Ireland yang membantunya mengepos diri sendiri dari Australia ke Wales, 56 tahun lalu, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Brian Robson kini berusia 75 tahun mengepos diri sendiri kerana terlalu rindukan kampung halamannya di Wales tetapi pendapatannya ketika itu berjumlah £40 (RM226) sebulan tidak mencukupi untuk membeli tiket penerbangan berharga £700 (RM3,968).

Dalam kejadian pada tahun 1965 itu, Robson membuat perancangan luar biasa dengan memasukkan badannya ke dalam sebuah bagasi yang sama saiz dengan sebuah peti ais mini.

Dia meminta pertolongan dua lelaki Ireland yang hanya dikenali sebagai John dan Paul dan mereka menghantarnya sebagai ‘barang’.

Robson memuatkan bantal, lampu suluh, beg pakaian, sebuah buku lagu-lagu kumpulan Beatles dan juga dua botol yang digunakan sebagai air minuman dan juga membuang air kecil.

Begitu pun, apa yang disangka cuma penerbangan 36 jam bertukar menjadi penderitaan empat hari.

Penerbangan Qantas yang sepatutnya membawa bagasi tersebut penuh. Justeru, bagasi yang diduduki Robson dan dilabel berisi komputer itu diletakkan dalam sebuah penerbangan PanAm yang membuat persinggahan di bandar raya Los Angeles.

Bagasi itu diletakkan dalam kedudukan terbalik selama 22 jam, menyebabkan Robson pitam.

Selepas mendarat semula, Robson menyangka dia sudah tiba di London namun terkejut apabila mendapati dia berada di bahagian kastam AS yang yang menyangka bagasi itu berisi mayat.

Selepas disiasat FBI dan pasti Robson tidak berbahaya, dia tidak dikenakan sebarang tindakan dan diterbangkan ke London dengan menaiki pesawat komersial.

Robson berkata dia pernah menulis surat kepada dua individu yang telah membantunya dan memohon maaf kerana telah menyusahkan mereka namun tidak dibalas.

“Ia merupakan satu kebodohan. Jika anak-anak saya melakukan perkara sama, saya mungkin akan ‘bunuh’ mereka namun ia merupakan era yang berbeza,” katanya. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI