fbpx

Lelaki disangka pelanduk mati ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menguruskan mayat mangsa yang ditembak mati. - BOMBA BAU

KUCHING – Seorang lelaki mati ditembak abangnya sendiri ketika berburu di kawasan hutan di Kampung Stenggang, Bau di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superitendan Poge Nyaon berkata, kejadian tersebut berlaku pada pukul 11 malam.

Siasatan awal mendapati lelaki berusia 60 tahun dan mangsa iaitu adiknya berusia 55 tahun pergi ke lokasi kejadian pada pukul 7 malam untuk memburu pelanduk.

Si mati kemudiannya pergi mencari katak di sungai.

“Semasa menunggu pelanduk, suspek terdengar sesuatu bunyi di sungai dan ternampak kelibat seperti pelanduk sebelum melepaskan satu das tembakan.

“Lelaki itu kemudian terdengar jeritan dan mendapati adiknya berlumuran darah dalam keadaan terlentang di tebing sungai dengan jarak lebih kurang 15 meter,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Suspek kemudian bergegas balik ke rumah untuk memaklumkan perkara itu kepada adik -beradik yang lain sebelum membuat laporan polis.

“Suspek telah ditangkap di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Stenggang sekitar pukul 11.50 malam pada malam kejadian.

“Antara barangan yang dirampas adalah satu laras senapang patah dipercayai senapang buatan sendiri, 10 butir peluru, dua unit lampu suluh dan satu tambok plastik berwarna hijau,” katanya lagi.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan serta Seksyen 8(a) dan Seksyen 39 Akta Senjata 1960. K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI