fbpx

Ikan sejuk beku Q’Fish tampung bekalan sepanjang Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman menyerahkan bungkusan plastik berisi ikan sejuk beku Q'Fish kepada pengunjung Program Jualan Prihatin Rakyat LKIM di Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mempunyai 20,000 tan metrik ikan sejuk beku Q’Fish yang berupaya menampung keperluan penduduk di negeri ini sepanjang Ramadan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pertanian dan Industri Makanan Negeri Kedah, Azman Nasrudin berkata, stok tersebut akan dipasarkan secara maksimum sekiranya berlaku masalah kekurangan bekalan ikan dalam tempoh berkenaan.

“Buat masa ini, tiada masalah bekalan ikan temenung selain harganya juga murah.

“LKIM mempunyai bekalan 20,000 tan metrik ikan sejuk beku Q’Fish yang akan dikeluarkan jika bekalan ikan segar berkurangan,” katanya selepas melancarkan Program Jualan Prihatin Rakyat di perkarangan Pasaraya Mydin di sini hari ini.

Hadir sama ialah Pengarah LKIM Negeri Kedah, Dr. Abdul Salim Tajudin.

Ketika ditanya tentang bekalan ayam, menurut Azman, pihaknya juga mendapati ia mencukupi sepanjang Ramadan ini.

“Saya telah bertemu dengan pihak pembekal ayam Bismi dan mereka bersedia untuk mengeluarkan bekalan ayam yang mencukupi sepanjang bulan puasa ini,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI