fbpx

Peniaga bantah lokasi baharu bazar Ramadan di Machang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kira-kira 100 peniaga menyuarakan bantahan untuk menukar lokasi bazar baharu di Pasar Borong Wakaf Bata dalam satu taklimat di Dewan Masyarakat Machang hari ini. -Foto : BAHRUDDIN HATTA

MACHANG – Kira-kira 100 peniaga membantah keputusan Majlis Daerah Machang (MDM) yang memindahkan bazar Ramadan tahun ini di lokasi baharu di kawasan Pasar Borong Wakaf Bata.

Tapak asal bazar itu terletak di pusat bandar Machang dan dipindahkan ke lokasi baharu di tepi jalan utama Machang-Tanah Merah-Jeli iaitu kira-kira 4.3 kilometer dari lokasi tahun-tahun sebelum ini.

Seorang peniaga nasi kukus, Mohd. Azroy Awang, 36, berkata, lokasi baharu itu mempunyai persekitaran yang kotor kerana berhampiran pasar borong malah ia juga dekat dengan lampu isyarat yang merupakan lokasi kerap berlaku kemalangan jalan raya.

“Kawasan tempat letak kereta bagi peniaga dan pengunjung bazar di tepi jalan utama hanya akan menyebabkan kesesakan lebih teruk. Keadaan itu mungkin akan menyebabkan kemalangan jalan raya boleh berlaku,” katanya ketika ditemui pemberita ketika mengadakan perjumpaan dengan MDM hari ini.

Sementara itu, Yang Dipertua MDM, Nik Mohd. Hasanuddin Nik Hussain berkata, sehingga kini, hampir 60 peniaga telah bersetuju untuk berpindah ke lokasi baharu selepas mendengar taklimat disampaikan MDM.

Katanya, kedudukan gerai di bazar Ramadan yang lama terlalu dekat antara satu sama lain yang menyebabkan kesukaran untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI