fbpx

PHB aktif dalam sektor hartanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pelaburan Hartanah Bhd. (PHB) semakin aktif terlibat dalam sektor pembangunan hartanah.

Pengarah Urusannya, Datuk Mahmud Fauzi Muda berkata, ini adalah usaha syarikat untuk membolehkan aset hartanahnya bakal menyokong suntikan unit baharu ke dalam dana Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) dalam masa terdekat.

“PHB sedang mengadakan rundingan mengenai pembangunan hospital swasta baharu di sekitar Selangor dan Pantai Timur,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Menurut Mahmud Fauzi, projek hospital swasta baharu yang terletak di Kuala Lumpur bernilai RM340 juta telah siap dibina pada September 2020.

Syarikat juga telah memeterai perjanjian bagi membangunkan sebuah gudang industri seluas dua juta kaki persegi di Shah Alam bakal dipajak sepenuhnya kepada sebuah syarikat logistik antarabangsa.

Dalam masa sama, syarikat juga sedang berusaha untuk memperoleh aset baharu terpilih, terutamanya dalam sektor perindustrian dan penjagaan kesihatan.

Selain itu, PHB mengumumkan pengagihan pendapatan interim dana AHB sebanyak 2.35 sen seunit untuk tempoh enam bulan berakhir 31 Mac 2021.

Mahmud menjelaskan, jumlah ini terhasil daripada pengagihan pendapatan asas sebanyak 2.15 sen seunit dan pengagihan bonus sebanyak 0.20 sen seunit.

Menurut beliau, jumlah bonus yang diberikan ini adalah sumbangan daripada PHB selaku penaja dana AHB dan bakal diagihkan untuk 500,000 unit pertama untuk setiap pemegang unit.

“Pada tahun 2020, PHB telah melaksanakan program Rent Relief Program (RRP) bagi meringankan beban penyewa yang terjejas di bangunan milik PHB,” ujarnya.

Pada 15 Mac 2021, PHB dan MAM telah menawarkan semula 160 juta unit AHB untuk dilanggan oleh bumiputera.

Unit-unit yang ditawarkan semula ini adalah hasil unit terkumpul yang telah ditebus oleh pemegang-pemegang unit selama setahun sejak Mac 2020. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI