fbpx

Lelaki maut, cubaan curi bekalan elektrik membawa padah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cubaan seorang lelaki dipercayai mahu mencuri bekalan elektrik membawa padah apabila ditemui mati terkena renjatan elektrik dalam kejadian berhampiran penempatan Setinggan Kampung Lembaga Padi Ahad lalu.

KOTA KINABALU – Cubaan seorang lelaki dipercayai mahu mencuri bekalan elektrik membawa padah apabila ditemui mati terkena renjatan elektrik dalam kejadian berhampiran penempatan Setinggan Kampung Lembaga Padi Ahad lalu.

Bagaimanapun, kejadian hanya disedari pekerja kilang berkenaan selepas menemui seorang lelaki terbaring di kawasan terbabit kira-kira pukul 10.30 pagi sebelum memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman berkata, siasatan awal mendapati seorang lelaki berusia lingkungan 30-an ditemui terbaring di dalam parit belakang kilang berkenaan.

“Pemeriksaan mendapati mangsa ditemui dalam keadaan tangan kanannya masih menggenggam kabel elektrik dipercayai bagi tujuan mencuri kuasa elektrik.

“Saksi yang juga pekerja kilang berkenaan memaklumkan ada mendengar suara antara dua sehingga tiga orang di belakang kilang itu kira-kira pukul 3 pagi namun tidak melihat kawasan berkenaan ketika itu.

“Bagaimanapun, saksi mendakwa ternampak seorang lelaki terbaring di dalam parit pada pagi hari sama dan terus memaklumkan kepada pengurus kilang,” katanya di sini tadi.

Mengulas lanjut, George berkata, pemeriksaan lanjut menjumpai banyak kabel yang dipercayai digunakan untuk mencuri kuasa elektrik termasuklah penyambungan ke tiang elektrik diluar kilang terbabit. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI