fbpx

Hanya Jho Low boleh jawab – Peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Najib Tun Razak

PUTRAJAYA – Pihak pembelaan hari ini memaklumkan bahawa wang daripada syarikat SRC International Sdn. Bhd. telah didepositkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak untuk `top-up’ baki di akaun berkenaan berikutan berlakunya pengeluaran berlebihan (overdrawn).

Perkara itu dimaklumkan peguam Harvinderjit Singh pada hari ketiga rayuan di Mahkamah Rayuan di sini hari ini.

Terdahulu, Hakim Vazeer Alam Mydin Meera bertanyakan adakah wang daripada SRC telah digunakan untuk top-up akaun milik perayu?, peguam itu menjawab Ya.

“Terdapat surat arahan dalam bentuk `soft copy’ dan inferens yang boleh dibuat ialah Jho Low telah memberi arahan kepada Terence Geh yang merupakan sekutu Jho Low (dalam SRC), ” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya oleh Hakim Abdul Karim Abdul Jalil yang mengetuai panel tiga hakim itu, mengapa akaun peribadi Najib menjadi pilihan, peguam tersebut hanya menjawab: “Hanya Jho Low boleh jawab”.

Dalam prosiding sama, peguam terbabit ketika berhujah menunjukkan beberapa inferens dan teori mengenai pengeluaran wang sebanyak RM170 juta daripada SRC International yang mana RM42 juta dari jumlah itu berakhir di akaun Najib.

Antara teori yang dinyatakan ialah pengeluaran wang tersebut dibuat dilakukan oleh Terence Geh atas arahan Jho Low dan Najib tidak mempunyai sebarang pengetahuan atau kawalan terhadap kesemua transaksi terbabit.

Harvinderjit ketika berhujah memberitahu adalah tidak masuk akal seorang Perdana Menteri untuk mengambil wang daripada syarikat berkaitan kerajaan dan mendepositkan wang tersebut dalam akaun sendiri.

Sementara itu, peguam Muhammad Shafee Abdullah yang turut mewakili Najib ketika ditemui selepas tamat prosiding memaklumkan pihaknya masih belum mendapat sebarang arahan daripada Najib berhubung notis kebankrapan yang difailkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 4 Februari lalu.

Hujahan rayuan bersambung esok. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI