fbpx

Empat wajah baru ungguli senarai Forbes ke-35

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Senarai bilionair Forbes ke-35 hari ini menyaksikan empat wajah baharu dari Malaysia mengungguli senarai tahun ini meskipun dunia berdepan pandemik Covid-19.

Empat individu terbabit melibatkan adik-beradik Tan dari MR D.I.Y Group (M) Bhd. iaitu Tan Yu Yeh dan Tan Yu Wei, diikuti Pengerusi Eksekutif Westports Holdings Bhd., Tan Sri G. Gnanalingam serta pengasas bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Greatech Technology Bhd., Tan Eng Kee.

Nilai kekayaan bersih Yu Yeh dianggarkan kira-kira AS$1.8 bilion (RM7.4 bilion) manakala Yu Wei pula dianggarkan AS$1.1 bilion (RM4.5 bilion).

Sementara senarai bilionair Forbes ke-35 menganggarkan nilai kekayaan bersih Gnanalingam kira-kira AS$1.7 bilion (RM7 bilion), manakala Eng Kee, yang mengasaskan syarikat pengeluar peralatan automasi kilang di Pulau Pinang mempunyai kekayaan bersih AS$1.1 bilion (RM4.5 bilion).

Turut menduduki carta, pengasas bersama Hong Leong Group, Tan Sri Quek Leng Chan yang mempunyai nilai bersih AS&9.7 bilion (RM20 bilion) pula diumumkan individu paling kaya di Malaysia selepas Forbes menyenaraikan Robert Kuok sebagai warga Hong Kong.

Ini diikuti T Ananda Krihsnan dan pengasas Public Bank Bhd., Tan Sri Teh Hong Piow.

Turut tersenarai ialah Pengerusi Hartalega Holdings Bhd., Kuan Kam Hon dan keluarga dengan pendapatan mencecah AS$3.9 bilion (RM16 bilion) diikuti pengasas Top Glove Corp Bhd., Tan Sri Dr. Lim Wee Chai yang memperoleh AS$3.5 bilion (RM14.47 bilion) dan Pengerusi Genting, Tan Sri Lim Kok Thay.

Sementara itu, di peringkat global, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Amazon, Jeff Bezos kekal mengungguli senarai bilionair terkaya dunia buat tahun keempat berturut-turut, diikuti CEO Tesla, Elon Musk dan CEO LVMH Moët Hennessy iaitu pemilik jenama mewah LV, Bernard Arnault.

Melengkapi senarai lima bilionair terkaya dunia adalah Bill Gates dan Mark Zuckerberg. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI