fbpx

Bandung bandar terpintar di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bandung memasuki senarai 50 bandar terpintar di dunia. - Trip Canvas

JAKARTA – Bandung tersenarai dalam 50 bandar terpintar di dunia di tangga ke-28 dunia sekaligus dinobatkan sebagai bandar terpintar di Indonesia, lapor laman berita Suara.com, semalam.

Menurut satu kaji selidik yang dijalankan oleh Eden Strategy Institue baru-baru ini, daripada 50 bandar besar di dunia yang tersenarai, Bandung menjadi satu-satunya bandar yang berasal dari Indonesia.

Kedudukannya berada hampir dengan Oslo, Norway (kedudukan ke-27) dan Hangzhou, China (kedudukan ke-29).

“Kedudukan teratas bagi bandar pintar tahun 2020 hingga 2021 dinilai berdasarkan pada kemampuannya untuk bekerjasama dengan pelbagai industri daripada sektor awam dan swasta.

“Selain itu, ia juga dinilai berdasarkan penyelesaian dan data digital dalam memberikan perkhidmatan serta membuat keputusan dengan mengambil kira kesannya terhadap penduduk,” ujar wakil syarikat pengurusan Eden Strategy Institute, Calvin Chu Yee Ming.

Dalam menentukan 50 bandar pintar terbaik, firma rundingan yang berpangkalan di Singapura itu menilai lebih daripada 230 bandar yang ada di dunia.

Sementara itu, Datuk Bandar Bandung, Oded M Dania melahirkan penghargaannya terhadap pencapaian itu.

“Pencapaian ini membuktikan bahawa Bandung mampu berada dalam kelompok bandar-bandar besar dunia lain seperti Seoul, London, Barcelona dan Helsinki yang terkenal dalam kehebatannya dalam membangunkan bandar pintar,” ujarnya. – Agensi

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI