fbpx

RM39 juta untuk 274 Pertubuhan Peladang Kawasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Muhammad Zawawi (kanan) melihat proses pembenihan ikan kelah di Kampung Lepan Jaya, Gua Musang hari ini.

GUA MUSANG – Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah mengagihkan peruntukan sebanyak RM39 juta kepada 274 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) seluruh negara.

Pengerusinya, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, dana menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat itu sudah selesai diagihkan dan telah memberi manfaat kepada hampir sejuta ahli PPK yang terjejas ketika musim Covid-19 ini.

Katanya, dana itu diagihkan menerusi LPP setiap negeri dan jumlah perolehan bergantung kepada bilangan PPK yang ada.

“Bagi negeri Kelantan peruntukan sebanyak RM3.9 juta diterima membabitkan 22 PPK.

“Kita bersyukur pengagihan ini dapat dilakukan secara teratur,” katanya kepada pemberita selepas melawat ternakan ikan kolam di Kampung Lepan Jaya di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah LPP Kelantan, Mohd. Hanifa Awang Su dan Pengerusi PPK Gua Musang, Mohamed Hamzah.

Mengulas lanjut, beliau mengakui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak setahun lalu memberi kesan kepada PPK.

Katanya, keprihatinan kerajaan Persekutuan terhadap nasib petani, penternak dan nelayan menerusi dana yang diperuntukkan menyebabkan mereka mampu bertahan dengan melakukan pelbagai usaha bagi meningkatkan pendapatan.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI