fbpx

Kerani cedera diserang suspek cuba buka seluar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa mengalami kecederaan pada bahagian tangan dalam kejadian berkenaan, kelmarin.

PETALING JAYA – Tindakan pantas seorang kerani syarikat swasta merakam perbuatan seorang lelaki yang mengganggunya menyebabkan lelaki itu mematahkan hasrat untuk membuka seluar dalam kejadian di Parkir Kondominium You Vista, Persiaran Suntex, Cheras, Kajang di sini kelmarin.

Bagaimanapun tindakan mangsa yang berusia 24 tahun merakam aksi berkenaan menyebabkan lelaki itu naik berang lalu menyerang mangsa dan memecahkan cermin kenderaannya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menerima laporan polis dari mangsa kira-kira pukul 2.41 petang pada hari yang sama mendakwa telah diganggu suspek.

“Ketika kejadian mangsa sedang meletakkan kenderaan di kawasan parkir di kondominium itu, secara tiba-tiba dia didatangi suspek yang menunggang motorsikal jenis tidak pasti berhampiran tingkap keretanya.

“Suspek dikatakan seperti hendak bertanyakan sesuatu, bagaimanapun percakapannya tidak jelas dan individu tersebut didakwa cuba untuk membuka seluar,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, sebaik menyedari mangsa sedang merakam perbuatannya menggunakan telefon bimbit, suspek membatalkan hasratnya.

“Lelaki warga tempatan itu secara tiba-tiba naik marah lalu mengambil satu objek dari dalam bakul motorsikalnya yang dipercayai batu dan bertindak membaling ke arah cermin tingkap kereta mangsa menyebabkan ianya pecah.

“Tidak cukup dengan itu, suspek cuba merampas telefon bimbit milik mangsa bagaimanapun tidak berjaya. Mangsa kemudiannya menjerit meminta tolong menyebabkan suspek melarikan diri,” ujarnya.

Beliau berkata, ekoran kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan ringgan pada bahagian tangan kanan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI