fbpx

Kartel projek: Pegawai kanan agensi kerajaan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Seorang pegawai kanan sebuah agensi kerajaan yang dipercayai terlibat dalam sindiket kartel projek yang ditumpaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ditahan semalam.

Menurut sumber, lelaki berusia 38 tahun yang bekerja sebagai jurukur bahan gred 48 dipercayai terlibat dalam kerja-kerja penyediaan Bill of Quantity (BQ) bagi projek-projek yang ditawarkan agensi terbabit.

“Suspek dipercayai menerima rasuah bagi membocorkan maklumat berhubung spesifikasi projek-projek kepada ketua sindiket untuk memudahkan penyediaan dokumen-dokumen tender,” katanya di sini hari ini.

Sumber berkata, penahanan ke atas pegawai terbabit dibuat lewat malam semalam di rumahnya di Ampang.

Katanya, hasil risikan mendapati beliau menerima rasuah sebanyak RM300,000 bagi maklumat yang disalurkan kepada ketua sindiket.

“Setakat ini sebanyak empat kali pembayaran iaitu anggaran RM1.2 juta telah dibayar kepada suspek

“Siasatan masih berjalan dan dipercayai lebih ramai akan ditahan berhubung kes ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan tangkapan itu dan enggan mengulas lanjut.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI