fbpx

Dua sekolah di Melaka ditutup, pelajar dan guru positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rahmad

Melaka – Dua sekolah rendah di Masjid Tanah, di sini diarahkan tutup susulan tiga murid dan tujuh kakitangan sekolah termasuk guru disahkan positif Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, dua sekolah yang terlibat adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram dan SK Pengkalan Balak.

“Empat kakitangan sekolah SK Jeram termasuk guru disahkan positif Covid-19 dan sekolah ditutup sejak Isnin lalu sehingga esok.

“Tiga murid dan tiga guru di SK Pengkalan Balak juga dijangkiti Covid-19 dan sekolah itu diarah tutup hari ini sehingga Jumaat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, dua kakitangan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) turut positif Covid-19, namun pusat pengajian terbabit dibenarkan beroperasi seperti biasa.

“Kerja-kerja sanitasi telah dilakukan di semua sekolah dan pusat pengajian terbabit.

“Punca kejadian masih dalam siasatan, namun jangkitan ini melibatkan Kluster Jalan Kenanga yang merupakan kes indeks seorang suri rumah menetap di Jalan Kenanga, Taman Paya Rumput, Masjid Tanah,”katanya.

Tambahnya, seramai 287 individu turut dikenalpasti sebagai kontak rapat kluster tersebut dengan 207 daripada mereka telah disaring.

“Individu yang dikenalpasti ini merupakan ahli keluarga yang menghadiri majlis keraian termasuk majlis tahlil.

“Hasil saringan itu, seramai 25 individu disahkan positif Covid-19 melibatkan lima buah keluarga di lokasi berasingan di Kuala Sungai Baru dan Kuala Linggi.

Dalam pada itu, beliau berkata, seorang pelajar madrasah berusia 13 tahun disahkan positif melibatkan Kluster Jalan Mata Kuching, namun pusat pengajian itu masih beroperasi seperti biasa.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI