fbpx

MATF perlu rancang strategi bendung dagangan haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pasukan petugas pelbagai agensi boleh menjadi aset yang sangat berkesan bagi membanteras dagangan haram di Malaysia.

Advokasi Runcit dan Jenama Dagangan Cawangan Malaysia (RTBA Malaysia) berkata, ini dapat dilaksanakan jika wujud kesungguhan politik dan sokongan yang secukupnya diberikan kepada pasukan petugas untuk melaksanakan tugas mereka.

Pengarah Urusan RTBA Malaysia, Datuk Fazli Nordin berkata, usaha pasukan petugas pelbagai agensi yang ditunjukkan oleh Pasukan Petugas Khas Rokok Seludup (ITTF) yang diketuai Australian Border Force (AVB) baru-baru ini yang berjaya  membuat rampasan keatas, lebih 40 hektar tanaman tembakau haram di tiga lokasi di wilayah New South Wales dan Victoria, boleh dijadikan contoh.

Jelasnya, susulan kejayaan operasi tersebut juga, pegawai ITTF daripada pelbagai agensi kerajaan, merangkumi ABF, Pejabat Cukai Australia, Polis Victoria dan New South Wales juga telah memusnahkan lebih 366 tan rokok seludup.

“Jika tidak dibendung, hasil daripada operasi berkenaan akan digunakan untuk membiayai jenayah terancang,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Fazli menerangkan, berdasarkan kejayaan rampasan ITTF itu, ia  jelas membuktikan keberkesanan pasukan petugas pelbagai agensi seumpamanya di negara berkenaan. 

“Namun di Malaysia, Pasukan Petugas Pelbagai Agensi (MATF) yang ditubuhkan sejak Januari 2020 bagi mengekang dagangan rokok seludup belum mencatat sebarang pencapaian,” jelasnya.

Malaysia pada masa ini mempunyai penembusan tertinggi rokok seludup di dunia yang mana 63.8 peratus rokok dijual di negara ini adalah diseludup, demikian menurut Kajian Rokok Seludup pada Disember 2020 yang dilakukan oleh NIELSEN.

Tambah beliau, pasukan MATF pada asalnya mengandungi wakil dari Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, Polis DiRaja Malaysia, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. 

Semasa membentangkan Belanjawan 2021, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah mengumumkan bahawa kerajaan akan menguatkan lagi MATF dengan penyertaan wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta Pusat Anti Jenayah Kewangan Kebangsaan.

“Menguatkan MATF dengan agensi lain adalah wajar dan bagus tetapi tiada laporan lagi mengenai pelan tindakan dan  inisiatif yang dilaksanakan atau jika pasukan petugas ada mengadakan mesyuarat bagi menangani dagangan rokok seludup yang bagaikan sudah tidak dapat dibendung sama sekali.

“Sehubungan itu, RTBA Malaysia mencadangkan agar MATF menggariskan matlamat yang boleh dicapai dengan jelas, bagi mengurangkan dagangan rokok seludup. 

“Susulan itu, pasukan petugas boleh merancang strategi tindakan bagi memenuhi matlamat tersebut dan telus kepada orang ramai mengenai kejayaannya dan juga cabaran yang dihadapi,” terangnya.

“Kerajaan hendaklah juga menyokong peranan dan kepentingan MATF dengan menyediakan pasukan petugas tersebut dengan sumber-sumber yang tepat termasuk pembiayaan yang mencukupi, latihan dan peralatan supaya MATF boleh berfungsi sewajarnya,” terangnya.

Tambah beliau, seiring dengan keadaan ekonomi Malaysia berusaha untuk memulih daripada krisis Covid-19, Kerajaan hendaklah melakukan yang terbaik untuk melindungi hasil negara daripada berlaku ketirisan. 

Dagangan rokok seludup adalah ketirisan daripada segi hasil cukai tahunan sebanyak RM5 bilion yang MATF harus lakukan apa sahaja untuk menutup ketirisan tersebut.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI