fbpx

Bomoh ditembak mati dipercayai akibat dendam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki ditemui maut dengan kesan tembakan di kepala di sebuah rumah di Bukit Rangin Perdana 2 di Kuantan malam semalam.

KUANTAN – Seorang pengamal perubatan tradisional ditemukan mati dengan kesan tembakan pada bahagian kepala di rumah sewanya dekat perkampungan Bukit Rangin Perdana 2, di sini, malam semalam.

Difahamkan pihak polis menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 11 malam sebelum sepasukan pegawai dan anggota tiba di lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, siasatan awal mendapati dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa berada seorang diri di rumah itu dan terdapat kesan darah yang sudah kering di beberapa bahagian rumah.

“Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohamad Abdul Rahim Nasri berusia 31 tahun dan bekerja sebagai bomoh atau pengamal perubatan tradisional sejak lebih setahun lalu.

“Siasatan kami mendapati tempat kejadian itu digunakan sebagai lokasi mangsa menjalankan rawatan dan disewa oleh ibu mangsa,”katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, difahamkan semasa kejadian mangsa berseorangan di rumah kerana isterinya yang baru melahirkan anak berada di kediaman ibu mentuanya di Pekan untuk berpantang.

Tambahnya, semasa kejadian ibu mangsa berada di luar rumah kerana berniaga ikan di tapak niaga Bukit Rangin 2 yang terletak kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian.

Dalam pada itu, Mohamad Noor berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan siasatan masih giat dilakukan.

Katanya, pihak polis tidak menolak kemungkinan mangsa ditembak oleh suspek yang mempunyai dendam dan marah terhadap mangsa.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI