fbpx

APMM bakal terima kapal canggih kawal perairan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zubil (kiri) meninjau bot-bot nelayan Vietnam yang di sita di Pejabat Maritim Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Maritim Malaysia (APMM) bakal dilengkapi kapal pelbagai guna yang dilengkapi teknologi serba canggih bagi mengawal perairan negara.

Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Zubil Mat Som berkata, kapal pelbagai guna tersebut mempunyai sistem dron moden dan empat bot pemintas.

“Kapal pelbagai guna tersebut merupakan aset bernilai APMM yang akan ditugaskan berada di perairan negara bagi meningkatkan kawalan keselamatan maritim dan pencerobohan.

“Peruntukan sebanyak RM280 juta telah diluluskan bagi membina aset tersebut yang kini dalam peringkat awal reka bentuk,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Maritim Kuala Terengganu di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu APMM memperoleh tiga lagi kapal peronda baharu termasuk satu yang sudah bersedia untuk diserahkan.

“Kapal peronda persisiran pantai dengan panjang 53 meter tersebut berupaya berada di tengah laut selama 28 hari dan akan digunakan secara bergilir-gilir,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI