fbpx

Pembelajaran bersemuka di empat negeri hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pelajar-pelajar sekolah menengah di tingkatan 1 hingga 4 di Johor, Kelantan, Terengganu dan Kedah akan memulakan sesi persekolahan hari ini.

Sementara bagi negeri-ne­geri lain akan memulakan persekolahan esok.

Pembukaan persekolahan bersemuka tingkatan 1 hingga 4 agak lewat berban­ding sekolah rendah yang telah dibuka sejak 8 Mac lalu bagi memberi laluan kepada Sijil Peperiksaan Malaysia yang tamat 25 Mac lalu.

Di Alor Setar, Kedah, Jabatan Pendidikan Negeri telah me­nubuhkan satu pasukan pemantau khas bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) apabila seramai 145,679 pelajar sekolah mene­ngah memulakan pembelajaran bersemuka hari ini.

Pengarahnya, Rozaini Ahmad berkata, pasukan pemantau tersebut terdiri daripada 240 kakitangan JPN dan Pejabat Pendidikan Daerah.

Katanya, pemantauan akan dibuat bagi memastikan semua sekolah beroperasi mengikut Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0.

“Seramai 120 orang kakita­ngan akan membuat pemantauan di 200 buah sekolah menengah, manakala 120 orang kakitangan lagi akan membuat pemantauan di sekolah rendah,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Tambahnya, pihaknya juga telah memulakan pemantauan pada semalam di sekolah-sekolah menengah berasrama.

Sementara itu di Terengganu, seramai 92,549 pelajar sekolah menengah di negeri itu memulakan sesi pembelajaran secara bersemuka mulai hari ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Terengganu, Salim Ab. Ghani berkata, ia melibatkan pelajar tingkatan peralihan hingga lima di negeri ini.

“Persiapan sewajarnya telah dilakukan bagi memastikan hari pertama persekolahan secara bersemuka pelajar sekolah menengah negeri ini mengikut SOP norma baharu ditetapkan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI