fbpx

Grealish kembali perkuat Villa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GREALISH tersisih sejak Februari lalu selepas berdepan masalah kecederaan, namun sudah pulih dan berpeluang untuk turun menentang Fulham. – AFP

LONDON – Pengurus Aston Villa, Dean Smith mengesahkan khabar gembira apabila kapten berpengaruh, Jack ­Grealish sudah cergas sepenuhnya dan bersedia untuk diturunkan pada aksi bertemu Fulham di Stadium Villa Park malam ini.

Sebagai rekod, Villa sebelum ini terpaksa melupakan khidmat Grealish sejak Februari lepas kerana mengalami kece­deraan sekali gus menyaksikan mereka hanya mampu meraih satu kemenangan dalam enam perlawanan lepas.

Kata Smith, Grealish sudah menjalani sesi latihan bersama skuad utama sejak awal minggu ini dan dilihat tidak mempu­nyai masalah kecergasan untuk diturunkan pada aksi bertemu skuad kendalian Scott Parker nanti.

“Meskipun dia baru sahaja menjalani latihan intensif bersama pasukan, saya yakin dia bersedia jika diperlukan untuk berada dalam kesebelasan utama pasukan dan saya anggap kelibatnya cukup penting terutama untuk membantu kelab ini kembali berada di landasan kemenangan.

“Secara jujur, impak Grealish dalam pasukan ini sangat besar dan saya pasti mana-mana pasukan yang hilang pemain seperti Grealish untuk tempoh yang agak lama akan mengalami kesukaran yang sama.

“Justeru, saya tidak terkejut dengan kemerosotan prestasi pasukan sejak beberapa perlawanan lepas tetapi saya enggan situasi itu menjadi alasan. Saya mahu siapa sahaja yang diturunkan nanti memberi yang terbaik buat pasukan,” katanya.

Aston Villa ketika ini menduduki tangga ke-10 liga selepas mengutip 41 mata daripada 29 perlawanan, manakala Fulham masih lagi bergelut di zon penyingkiran dengan mengutip 26 mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI