fbpx

Cho-rong Apink diancam kenalan lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHO-RONG

ANGGOTA kumpulan Apink, Park Cho-rong bersama agensinya bertindak membuat laporan polis terhadap rakan sekolah lama penyanyi itu selepas membuat ancaman dengan penyebaran berita palsu.

Agensinya, Play M Entertainment membuat laporan tersebut di Balai Polis Gangnam kerana mendapati rakan sekolah Cho-rong telah memfitnah artis di bawah jagaan mereka.

“Kim (bukan nama sebenar) baru-baru ini menghubungi Cho-rong dengan cara mengancam dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya.

“Dia mengancam untuk mendedahkan kehidupan peribadi penyanyi itu hingga memaksanya mengundurkan diri daripada dunia hiburan,” kata agensi tersebut menerusi satu kenyataan rasmi.

Difahamkan, hubungan Kim dengan penyanyi itu pernah rapat suatu ketika dahulu namun mereka terpaksa berpisah selepas Cho-rong berpindah ke kota lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI